Lepas Saya, Muka Saya Lagi - Rita Nadira

Antara pelakon kegemaran ramai, Rita nadira yang mempunyai bakat yang hebat dalam dunia lakonan. Pelbagai watak sudah di bawa dan di lakonkan. Bahkan dia juga mendapat respon positif daripada penonton yang meminati lakonannya.


Lepas Saya, Muka Saya Lagi - Rita Nadira



Rita ada berkata mengenai cakap-cakap orang yang mengatakan wajahnya selalu terpampang dalam TV. Lepas satu, satu dan seterusnya. jadi Rita berkata selagi ada rezeki dia akan terus bekerja.


"Sebenarnya sudah ada yang bercakap kata selepas saya, muka saya lagi. Bagi saya ini rezeki. Malah, saya rasa bukan saya seorang, tapi ramai juga pelakon lain turut kena hal sama.


"Mungkin juga situasi ini berlaku sebab pelakon (wanita) yang lebih senior kebanyakannya sudah berkahwin dan nak jaga anak, jadi kamilah yang masih baru ini sebagai pengganti," katanya


"Percayalah selepas ini akan ada pelakon-pelakon baru lagi. Jadi, kami pulalah  yang akan kahwin, jaga anak dan barisan pelakon baru itu pula yang akan naik. Ia adalah perkara biasa," katanya.


"Sebab lakonan bukan mainan. Macam saya berlakon memang sebab kerja. Bukanlah nak berlakon saja-saja untuk popular. 


"Ikutkan saya pun tak nak kehidupan jadi tatapan umum. Tapi, inilah kerja saya untuk mencari rezeki," katanya.


 

Post a Comment

Previous Post Next Post