Siapa tidak kenal degan penyanyi lagenda Datuk Hattan. Beliau yang baru sahaja mengumumkan akan bersara dari dunia nyanyian memberi kejutan kepada para peminatnya. Katanya datuk hattan bersara kerana mahu menyambung ke bidang bisnes yang sudah dicebruinya sejak sekian lama.
Datuk Hattan berkata
"Saya akan bersara pada bulan enam (Jun). Jadi, saya punya dream (impian) dulu masa mula terbabit dalam industri ini, saya belajar dengan Datuk M (M Nasir).
"Dan saya bersara atas pentas selepas dapat beraksi bersama Datuk M (M Nasir). Itu impian saya dan baru sekarang saya beritahu," katanya
"Saya tak merajuk. Saya dah penat. Jadi kena rileks (berehat). Saya dah lama rancang. Bukan bersara macam mana, tapi tak nak terbabit dalam konsert besar.
"Saya dah sampai apa yang saya nak, bagilah orang lain pula. Saya dah sepentas dengan 'sifu' saya. Saya dah buat konsert saya. Jadi apa lagi yang saya nak capai.
"Nak berehat pula. Kalau boleh tak nak terbabit lagi. Dah bersara, bersaralah," katanya.