Liza Hanim Jatuh ke tangga ke 8 Lepas Nyanyi Lagu Ayam

 Tidak ada rezeki untuk Top 3 Minggu 8 buat penyanyi handalan Allstar Gegar Vaganza, Liza Hanim apabila dia hanya sekadar berada di kedudukan ke lapan berbanding 10 orang peserta.


Liza yang membawa lagu yang bertajuk 'AYAM' nyanyian asal Jalil Hamid gagal untuk memikat hati juri walaupun kali ini persembahannya lebih kepada muzikal dan ada sketsa.


Liza Hanim Jatuh ke tangga ke 8 Lepas Nyanyi Lagu Ayam


Mungkin di pengamatan aku, Tok Ram bagi lagu ini untuk liza hanim supaya liza keluar dari kepompong dengan nada komedi dalam lagu. Tapi Tok Ram tak dapat benda tu.


Jadi mungkin sebab itu Liza Hanim dapat markah sedikit. secara keseluruhan Liza hanya mendapat markah 62.5% sahaja untuk persembahan minggu ini.


Selalu dia dapat markah banyak tapi kali ini nampak mengejutkan. Mujur tak ada penyingkiran.


Antara komen dari Tok ram dan Tok Naz yang diberikan kepada Liza Hanim adalah seperti.


Tok Ram berkata;

“Intro okay, satu bnda yang kamu create adalah teater, saya okay semua yang kamu buat tapi saya menunggu air lagu itu dengan sebutan jadi sinikal dan kelakar, jiwa kelakar yang selamba itu tak ada.


you can do what ever you want saya terima, it’s good karakter, yang belakang tu patutnya awak funfair je. Awak bawak ke satu tahap tinggi itu bagus, saya appreciate apa yang awak buat,”


Tok Naz pula menambah yang ada masa nada rendah liza hanim ada masa pass dan ada masa yang rendah. 


“Awak nyanyi nada rendah ada time pass ada time rendah, kita faham. Macam tengok muzikal teater, saya suka, cuma kalau buat muzikal awak boleh ambil kesempatan untuk berlawak. Saya hargai kreativiti awak. Overall a beautiful singing,”

--


Minggu depan lagi mencabar buatt Liza Hanim apabila akan berduet dengan rakan duet hebatnya dan sezaman dengannya iaitu Noraniza Idris.

Dapatkah Liza Hanim bangkit minggu hadapan?

Post a Comment

Previous Post Next Post