Sedih pula tengok keadaan Jaclyn victor selepas konsert minggu lapan baru-bru ini. Jaclyn telah hilang suaranya sejak seminggu lalu. Dia mendapat penyakit Laryngitis yang menyebabkan suaranya tidak keluar.
Pengurus Jaclyn mendedahkan perkara tersebut kepada media selepas konsert minggu ke 8 baru-baru ini.
“Tapi malam tadi baru Jac kehilangan suara sepenuhnya,” ujar pengurus jaclyn.
Jac pula hanya menggunakan handphone untuk menaip ucapannya kepada media selepas itu. Ia berikutan doktor nasihatkan dia agar tidak banyak bercakap.
Namun dia tidak dapat memberi komitmen kerana tidak mempunyai suara.
“Suara tidak ada. Doktor nasihatkan saya untuk simpan suara. Tidak bercakap,” ujar Jac
“Tunggu saja minggu ini. Tak tahu apa jadi. Saya tidak akan tarik diri. Terpaksa ambil suntikan,” katanya bersemangat.
--
Kita doakan agar jaclyn cepat sembuh dan kembali boleh bercakap seperti biasa tanpa sebarang gangguan. Final sudah nak dekat ni. jadi amat rugi kalau para peserta tidak dapat beraksi di pentas tersebut.
Semoga semua peserta kekal sihat dan dapat meneruskan pertandingan dengan baik dan sempurna.