Sophia Albarakbah Jelaskan Kehadirannya di Allstar Gegar Vaganza

Nama Sophia albarakbah menjadi sebutan selepas kehadirannya ke Allstar Gegar Vaganza baru-baru ini mencetuskan rasa kurang senang Isteri Aliff Aziz, Bella Astillah. Namun begitu Sophia tampil menjelaskan kehadirannya hanya untuk menyokong sepupunya Aishah Retno yang membuat persembahan di sana.


Sophia Albarakbah Jelaskan Kehadirannya di Allstar Gegar Vaganza



Sophia berkata;

“Saya pergi pun sebab saya nak sokong Aisha. Kalau saya diberi peluang untuk pergi lagi sekali pun, saya tak kisah.

“Lagipun saya dah minta izin daripada pengurus saya,” katanya.


“Program itu ada ramai artis jadi saya berhak untuk pergi dan sokong sesiapa sahaja.

“Kalau saya bertembung (Aliff), tak ada masalah pun. Lagipun isu saya dan dia sudah lama berlalu,” ujarnya.

Sophia berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran filem Harimau Malaya: The Untold Journey yang diadakan di Sheraton, Petaling Jaya.

Aliff Aziz juga berkata yang kehadiran penonton ke konsert mingguan Gegar Vaganza bukanlah bidang kuasanya untuk menyekat atau membenarkan mereka masuk atau tidak. Jadi terpulang kepada sesiapa pun yang mahu hadirkan diri.

Sebelum ini Sophia dan Aliff pernah mencetuskan kontroversi apabila didakwa menjalinkan hubungan cinta ketika menjalani penggambaran drama bersiri, Ku Akad Kau Dengan Bismillah.

Post a Comment

Previous Post Next Post