Elly Mazlein tampil menyatakan sokongannya kepada peserta Azharina selepas konsert allstar gegar vaganza 2023 yang lalu selepas persembahan penyanyi itu mendapat kecaman.
Azharina membawakan lagu Sayang di sayang dan telah mendapatkan 4 orang guru untuk belajar lagu berkenaan tetapi masih mendapat komen pedas daripada juri program tersebut.
Elly yang juga pengacara program berkenaan tampil dan memberitahu yang Azharina seorang yang sangat fokus kepada kerjanya. Pada masa yang sama elly memberi semangat kepada Azharina untuk tterus buat yang terbaik dalam baki musim ini.
Elly memuat naik status di instagramnya berbunyi;
“Dia yang bernama Azharina… Setiap kerjanya dia akan pastikan buat yang terpaling baik. Sentiasa fokus dalam bekerja. Sentiasa positif, maaf sentiasa di bibirnya,”
“Semangat terus wahai sahabat, saya dan penyokong mu sentiasa bersama mu. Love you juara GV3.
“Jom kesayangan kak Lina kita bagi kata semangat untuk Nina, terima kasih,” tulisnya.
--
Minggu ini, komen dari juri memang pedas-pedas belaka dan kamis ebagai penonton pun yakin komen-komen itu hanyalah untuk memberi semangat untuk buat yang lebih baik pada minggu hadapan.
Para peserta juga pasti mengambil komentar juri itu sebagai perkara yang perlu dibaiki menjelang konsert seterusnya.
Semoga terus semangat Azharina!