Kisah cinta Nana dan achik spin memang sentiasa menjadi bualan ramai sejak dari dahulu sampailah sekarang. Malah ia juga membuatkan Siti Nordiana mengimbau kenangannya bersama dengan Arwah bila mengenang kembali waktu itu.
Nana bercakap kepada Sinar fm dalam satu temubual. Nana berkata “Ini cerita lama la, cerita zaman monyet dululah… umur 15, 16 juga la masa remaja budak-budak. Masa itu Nana digosipkan dengan arwah Achik. Pergi mana-mana kan, bila digosipkan mesti kita rasa malu-malu dengan dia.
“Kira macam, dia memang ada hati kat Nana la, memang Nana tahu sebab selama ini kan dia pergi show, dia suka dan minat dengan Nana punya suara apa semua itu kita tahu la dia peminat kita.
“Jadi, okay la Nana pun balas la cinta dia. Balas cinta dia tapi sekejap saja la. Tak ingat berapa tahun, dari umur Nana 16, 17 begitulah,” kongsi Nana ketika menjadi tetamu di Borak Selebriti SINAR.
“Nana rasa kalau dia masih hidup, mungkin dia pun masuk Gegar Vaganza kot. Sebab dia mungkin dia pun sangat memberi sokongan pada karier Nana juga.
“Even masa Nana dalam perceraian dulu, dia pun banyak bagi semangat kat Nana juga. Dia seorang kawan yang sangat baik la. Dia beri semangat, dia ceriakan Nana… sebab dia orangnya kelakar,” kata Nana.
Untuk info, Achik meninggal dunia dalam kemalangan ngeri selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian anggota badan pada 17 April 2010.