Naqiu Minta Maaf Persembahan TerOVER!

Baru-baru ini, Naqiu tampil mohon maaf selepas aksi overnya ketika melakukan persembahan bersama Misha Omar mendapat kecaman ramai. Naqiu turut akui yang persembahannya di atas pentas adalah over dan melebih-lebih.


Naqiu Minta Maaf Persembahan TerOVER!


"Saya minta maaf sangat. Saya yang bertanggungjawab dan mengambil segala kesalahan, letak pada saya. Insya-Allah saya akan pastikan perkara sama tidak berulang.

"Ini melibatkan sensitiviti yang tidak sepatutnya berlaku. Saya letakkan kesalahan pada diri sendiri dan jangan salahkan orang lain," katanya kepada Gempak.

"Ia terjadi secara spontan. Semua tahu persembahan saya ni jenis over dan spontan tapi kali ini saya rasa ia tidak sepatutnya berlaku. Memang kesalahan saya.

"Kak Misha hanya pesan pada saya, pastikan dia dapat feel. Awal-awal lagi dia cakap dia tak boleh berduet dengan persembahan yang tak feel.

"Apa yang saya bagi tu bukan sebab nak bagi dia feel, cuma pada pihak saya melampaulah. Jangan kecam partner duet saya, saya yang bertanding, final decision itu pada saya," ujarnya.


Post a Comment

Previous Post Next Post