Komen Juri Gegar Vaganza 2022 Minggu 8

Komen Juri Gegar Vaganza 2022 Minggu 8. Fuhh baru minggu ketujuh dah banyak persembahan best yang diberikan para peserta minggu ini. bagaimana pula Komen Juri Gegar Vaganza 2022 Minggu 8 ini? jom kita baca dibawah ini ya.



Komen Juri Gegar Vaganza 2022 Minggu 8




Komen Juri Gegar Vaganza 2022 Minggu 8

Jaclyn Victor (Lelaki Ini) - 85%

Hetty Koes Endang

Minggu ke minggu memang semua peserta stress, pasti. Kerana menghafal lagu, belum lirik, dan penjiwaan. Kamu ini istilahnya, dalam pertandingan dah kira kecil. Kamu sangat beruntung nyanyi lagu Anuar Zain, lagu ni mencabar dan range besar sekali. Kamu pintar menahan. Penjiwaan kamu, setiap korus jangan sama. Tapi kamu pintar.

VE (Rozana) - 80.4%

Syafinaz Selamat

Wow romantik betul. Saya rasa macam salah seorang wanita atas pentas tu. Look, saya sangat sukar. Tapi nyanyi jangan takut-takut. Nyanyian agak sempurna, saya suka. Bukan la sempurna, hampir. Saya suka close harmoni, persembahan ni sangat 'mengenyangkan'. Cuma nasihat saya, keempat-empat punya suara bagus, ada kuat lebih daripada lain.

Saya rasa, Hakim kena kerja keras dekat vokal, bukan tak sedap tapi ada yang lebih kuat. Kena pastikan semua seimbang.

Tomok (Mentera Semerah Padi) - 79%

Ramli MS

Sudah tentu original punya lain. Untuk you punya persembahan, saya melihat pada diri kamu bukan orang lain. Kerja keras kamu ni terbukti. Tomok, you punya versi. More new idea, more kreativiti. Penguasaan pentas, anda berjaya.

Hazrul Nizam (Widuri) - 73.4%

Raisa

Saya sangat teruja yang awak boleh buat lagu ni sangat fresh, saya mahu beri tepukan kepada band kerana saya sangat enjoy. Saya sangat enjoy pada awal persembahan, enjoy awak melihat penonton. Saya fikir awak punya karekter menonjol di penghujung. Sangat menarik.

Syafinaz Selamat

Saya sangat mencemburui suara awak sangat cantik. Untuk malam, bantuan pernafasan. Suara awak sangat beautiful tak perlu prop. Saya suka bila lagu lama diberikan nafas baru, tapi tak over do it. Boleh tukar tak baju tu? Setiap minggu kadang-kadang okay, most of the time tak. Kena do something.

Bob (My Baby You) - 72.9%

Raisa

Saya suka sangat dengan vokal, terus saya nada tinggi, ada emosi, benar benar tegas nyanyinya. Saya suka sangat, saya rasa menunggu-nunggu kapan naik, tinggi dari mula sampai akhir, tapi tambah emosi lagi. Saya sangat enjoy dengan persembahan.

Shila Amzah (Coba) - 71.2%

Hetty Koes Endang

Menurut bunda malam ni nyanyian kamu cukup bagus tapi bunda perlu sampaikan benda jujur, song 1 itu keunikan suara kamu untuk bunda belum terdengar. Mahu keunikan suara. Yang dimaksud bunda tu, next week kamu harus cari bagaimana keunikan suara kamu. Tanpa lihat kamu, orang tahu itu kamu. Itu penting sebagai seorang penyanyi.

Fuad Rahman (Laila Namamu Teratas) - 69.8%

Hetty Koes Endang

Sebetulnya malam hari ni, bunda suka sekali. Dengan pembawakan lagu kamu, bunda lihat sini, rock balada tidak ada yang salah. Hanya, pesan saya satu saja mikrofon tu dari awal sampai akhir pegang terus. Banyak nada tinggi, kamu pegang, ada beberapa lirik boleh lepas tangan. Jangan semua pegang, mikrofon tu bukan hanya untuk pegang. Mainkan untuk kelihatan lebih bicara. Hati-hati di terakhir saja.

Asheed (Tiara) - 63.2%

Syafinaz Selamat

Feel awal patut berterusan sampai akhir, saya suka idea tu, cuma saya mengharapkan berterusan dengan idea tu. Bahagian sebelum korus hadapi masalah? Masalah range rendah ke macam mana? Tapi saya nampak awak susah nak menyanyi. Posture kena berdiri dengan betul. Nampak kecil tapi masalah terbesar seorang penyanyi. Masalah pernafasan akan berlaku disebabkan posture badan. Apa yang saya suka, tone suara bunyi mewah. You boleh inject bunyi sebegini dalam nyanyian.

Dina (Hijau) - 60.6%

Ramli MS

You are struggling. Tak ada acuan dan hala tuju, dia punya feel dan jiwa. Dekat belakang tu, your feel and scream, merayau semua. Markah rendah untuk persembahan ini.

Syafinaz Selamat

Saya nak semua orang sedar Dina seorang yang baru saja selesai mengalami COVID-19. Dina sepatutnya voice stres, dengar suara Dina lain. Kekuatan tak sama kerana dia telah dijangkiti COVID-19. You must very smart choosing right for singing. Anything can happen now. Hati-hati guna suara anda. Setuju dengan Tok Ram, you ada masalah intonasi, you pernah menyanyi lagi teruk. Saya tak cakap ni paling teruk, tapi you boleh lakukan terbaik.

Hetty Koes Endang

Mungkin untuk para peserta, diwajibkan pakai earphone, tapi lepaskan satu untuk nyaman. Bunda pun tak biasa. Bunda tak tahu kamu baru sakit, sebab ni pertandingan.



Komen Juri Gegar Vaganza 2022 Minggu 7

Memang padu persembahan minggu ini, jangan lupa untuk persembahan pada minggu hadapan tau!



Post a Comment

Previous Post Next Post