GV9 Tambah Satu Minggu Lagi!

Semalam semua pakat terkjut bila pengacara gegar vaganza 9, Nabil Ahmad dan  Elly Mazlein membuat satu pengumuman yang mengejutkan. 

Pengumuman tersebut adalah penambahan 1 minggu lagi konsert gv9 menjadikan keseluruhan minggu daripada 10 ke 11 minggu !


GV9 Tambah Satu Minggu Lagi!


Jadi para peserta masih mempunyai banyak peluang untuk menunjukkan kehebatan mereka dan bermula pada minggu hadapan pasti akan ada penyingkiran. siapakah yang akan tersingkir nanti?

Harapnya ini dapat menjawab persoalan anda yang bertanya mengenai kenapa tiada penyingkiran pada minggu ini dan ini mungkin antara faktor utamanya.

Semalam juga kita saksikan Dina Nadzir berada di kedudukan terbawah namun terselamat kerana tiada penyingkiran manakala Jaclyn Victor berjaya merampas kembali kedudukan pertama pada minggu ini.

Semoga berjaya buat semua peserta yang akan beraksi pada minggu hadapan. Gegar vaganza 9 bersiaran secara langsung di saluran astro ria pada setiap hari ahad pada jam 9 malam.

Post a Comment

Previous Post Next Post