Tiada di GV9, Jihan Muse Berehat Seketika

Ramai juga yang bertanyakan mengenai Pelawak dan pengacara, Jihan Muse, 39 selepas dia tiada dalam rancangan realiti gegar vaganza 9 yang sedang berlangsung. Rupanya jihan sedang berehat seketika dan memberi fokus ekepada keluarga dan anak keduanya yang baru sahaja di lahirkan pada awal september yang lalu.


Tiada di GV9, Jihan Muse Berehat Seketika


Tiada di GV9, Jihan Muse Berehat Seketika


Ketua Pegawai Eksekutif Laugh Out Loud Entertainment, Abdul Afiq Abdul Wahab menerusi kenyataan itu berkata, 

"Perkara utama yang Jihan buat adalah keputusan untuk dia tidak bersama-sama dalam program Gegar Vaganza 9 (GV9) kerana dirinya yang masih sarat mengandung pada minggu pertama pentas saingan bermula, sekali gus menunggu masa kelahiran anak keduanya.


"Buat masa sekarang, Jihan masih berehat sepenuhnya dan memberi tumpuan kepada keluarga serta anak kedua yang baru lahir. Termasuk, dia juga masih dalam tempoh berpantang ketika ini," katanya.


"Kak Lina berjaya meletakkan GV9 sebagai program tv yang sentiasa 'trending' (sohor kini) di semua platform media sosial. Jihan amat bersyukur kerana penerimaan penonton masih lagi tinggi pada tahun ini malah makin meningkat," katanya.


Post a Comment

Previous Post Next Post