Shila Amzah Nervous Nyanyi lagu Ramlah Ram

Shila Amzah Nervous Nyanyi lagu Ramlah Ram. Bukan setakat shila jer, kami yang fans ni pun terkejut dan nervous tunggu persembahan shila. sebab dalam otak ni dok fikir, macam manalah shila bawa lagu ni nanti kan. hehe tapi jangan risau, kami percayakan shila.


Shila Amzah Nervous Nyanyi lagu Ramlah Ram


Shila Amzah Nervous Nyanyi lagu Ramlah Ram

Dalam satu temubual bersama dengan gempak. com, shila berkata;

“Saya pernah sekali sahaja nyanyikan lagu Ramlah Ram iaitu Diam-Diam Jatuh Cinta, selain daripada itu tidak pernah pun nyanyikan lagu dia, jadi minggu depan saya agak nervous juga.

“Macam Tok Ram (Ramli MS) kata ini lagu kayangan, bila lagu kayangan tidak boleh untuk ubah muzik asalnya secara total, jadi saya memang akan kekalkan accent kepada lagu ini.

“Dalam masa yang sama untuk saya menyamai key tinggi asal Ramlah Ram itu memang lambat lagi la ya,” jelasnya.

“Ini masih pertandingan untuk semua peserta, apa sahaja boleh berlaku di atas pentas dan saya tidak sekali berasa selesa dengan kedudukan saya.

“Saya yakin bermula minggu kelima lagi semua bintang dah tak simpan kekuatan mereka, masing-masing sudah beri all out.

“GV ini penuh dengan kejutan, siapa yang berjaya buat kelainan dia akan pergi jauh,” tambahnya.


Post a Comment

Previous Post Next Post