Jaclyn Victor Sakit, Perlu Pembedahan

Jaclyn Victor Sakit, Perlu Pembedahan. Selepas mendengar komen Dato syafinaz yang mengatakan suara jac ada masalah rupanya Jaclyn memang mempunya masalah di bahagian hidung kerana hidungnya bengkok. Nampak macam serius dan agak menggangu kerjaya jac dan dunia nyanyian yang disayanginya ini.



Jaclyn Victor Sakit, Perlu Pembedahan


Jaclyn Victor Sakit, Perlu Pembedahan 

Penyanyi kesayangan ramai ini berkata;  

"Hidung saya memang terlalu bengkok tetapi selama ini tidak mempunyai masalah.

"Bila saya membuat pemeriksaan, doktor memberitahu hidung saya terlalu sensitif kepada persekitaran seperti asap rokok, vape, habuk dan tidak boleh sejuk," katanya 

"Bila saya berada di tempat yang sejuk, sinus itu akan menjadi kembang dan membuatkan ia makin terhimpit.

"Saya tidak selesema, tetapi memang suara saya kedengaran seperti sedang mengalami selesema," jelasnya.

"Doktor menjelaskan tempoh sembuh selepas pembedahan mungkin memakan masa sehingga tiga minggu.

"Apa-apa pun saya perlu berjumpa dengan pakar bedah untuk berbincang. Tapi, kalau tempoh penyembuhan mengambil masa selama tiga minggu takut juga tu," kata jaclyn dalam temubual selepas konsert gv baru-baru ini.


Post a Comment

Previous Post Next Post