"Dia...antara rockers, ataupun 'beruk' - Awie

"Dia...antara rockers, ataupun 'beruk' - Awie. Itulah yang diluahkan oleh penyanyi lagenda rock tanah air mengenai penyanyi rock yang berkelakuan melampau batas di atas pentas.

Awie berkata; "Sebenarnya ada kategori-kategori rock. Dia...antara rockers, ataupun 'beruk'.

"Dia...antara rockers, ataupun 'beruk' - Awie


"Kalau rockers, dia tak begitu. Tapi kalau 'beruk', mungkin dia begitulah kan," 

"Walau macam mana sekalipun, adab ketimuran kita ini, budaya kita orang Melayu tinggi adabnya. Kalau kita tiada adab, ia biadap. Ia bukan budaya Melayu.


"Saya menyeru walau macam mana rock sekalipun biarlah beradab. Jagalah adab kita. Kasihan emak bapa yang melahirkan kita. Didik dengan penuh sopan santun dan adab tertibnya.


"Penat bawa kita belajar, mengaji dan sebagainya, tiba-tiba kita hancurkan adab kita. Untuk apa? ," katanya pada sidang media Konsert Wings Naga Kramat, di sebuah hotel, di sini.


Bila ditanya mengenai trend buruk yang dilakukan oleh penyanyi sekarang ini, Awie juga berkata;

"Inilah masalahnya. Janganlah mulakan dan jangan buat. Kita sebagai penyanyi atau influencer, jangan mulakan perkara bodoh.


"Kalau kita mulakan benda yang bodoh, mereka yang di bawah akan jadi bodoh macam kita juga. Buat apa kita nak memperbodohkan mereka.


"Baik kita cari benda yang positif. Dari sudut seni ini macam-macam benda kita boleh buat," katanya.


"Janganlah ambil perkara yang negatif itu. Kita janganlah membudayakan kelakuan yang tidak baik itu di sini. "Sebenarnya apa yang berlaku adalah kerana individu itu sendiri tanpa mengira era rock mana. Kita salahkan individu itu sendiri. Dia nak bawa ke mana arah diri dan tujuannya.


"Kalau arah positif, positiflah ia. Begitu juga sebaliknya. Jangan jadikan anak-anak yang lahir selepas ini sebagai generasi yang tidak bertamadun," katanya.

sumber: Hmetro

Post a Comment

Previous Post Next Post