Pemain Perlu Berubah kata Rexy

Susulan massa semakin suntuk ke olimpik paris julai depan, Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky berkata pemain perlu berubah dan mempunyai usaha untuk berubah menjadi lebih baik.


Rexy berkata kepada media "Semuanya terletak di tangan pemain itu sendiri, kita sudah banyak kali berbincang mengenai apa yang mereka perlu buat.


Pemain Perlu Berubah kata Rexy



"Pemain sendiri perlu ada usaha untuk berubah. Mereka tidak boleh bermain ikut 'mood' mereka saja, mahu cara yang senang sahaja untuk mengutip mata, tidak boleh ada susah sedikit.


"Apabila ada susah sedikit, terus mereka jadi bingung dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Pemain sendiri harus sedar bukan hanya jurulatih yang harus fikir bagaimana untuk ubah mereka.


"Apa yang diperkatakan jurulatih itu seharusnya disimpan dalam otak dan dilakukan di dalam latihan serta terjemahkannya dalam perlawanan.


"Ini bukan masalah kemahiran atau teknik tetapi lebih kepada cara mereka berfikir di dalam gelanggang yang buatkan mereka sering terkandas," katanya.


Sumber: Harian Metro

Post a Comment

Previous Post Next Post