Baiklah, Minggu ke lima minggu lepas, The Masked Singer Malaysia menggunakan tema Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai tema mingguan. Semua juri buat yang terbaik untuk ikut tema tersebut. Sebagai contoh Micheal Ang memakai pakaian kostum Pak Ngah.
Micheal kata ;
“Ini satu penghormatan untuk arwah.Baju ini semua daripada penggaya saya, harap-harap berjaya jadi Pak Ngah, muka pun sama saiz dengan arwah, harap tak memalukan Pak Ngah,” katanya.
Zizan Razak pula jadi tumpuan apabila memakai kostum Datuk K suami Tok Ti. Zizan berkata;
“Kalau tema Datuk Siti saya tak boleh jadi Siti, sebab dia perempuan jadi saya jadi suami dia, saya nak jadi Datuk K.
“Jadi saya kena tambah misai sikit, cermin mata hitam dan saya pilih baju masa hari perkahwinan dia,” seloroh Zizan.
Agaknya apa pula tema mingguan untuk minggu keenam malam ini?