Persembahan Liza Hanim kurang menyengat di separuh akhir

Persembahan Liza Hanim kurang menyengat di separuh akhir. Itulah yang boleh dikatakan apabila melihat persembahan Liza hanim pada minggu ini. Mungkin juga sudah terlalu lama allstar gegar vaganza ini berlangsung menyebabkan bukan liza hanim sahaja malah peserta lain pun kelihatan tepu.


Ya, betul semua buat persembahan mantap pada minggu separuh akhir. Usaha dan kesungguhan itu ada dan sangat hebat dan mantap. Tapi entah kenapa macam susah pula nak tembus top 3 pada minggu ini.


Persembahan Liza Hanim kurang menyengat di separuh akhir



Liza hanim menyanyikan lagu Jangan Khianati Aku dan lagu kedua adalah Paku. Hasilnya liza mendapat kedudukan keenam dengan hanya 67.75%.


Walaupun begitu, Liza hanim mendapat pujian dari juri allstar gegar vaganza iaitu bonda hetty yang mengatakan teknik vokal penyanyi hebat liza hanim sudah tidak perlu diragui lagi. 


Cumanya ada beberapa perkara yang perlu dilihat oleh Liza seperti kemerduan dan juga nada rendah. 


Bonda Hetty Koes Endang berkata " Seluruh peserta yg masuk semi final semuanya juara, menurut bunda, teknik vokal tidak diragukan lagi. Dari nada tinggi kamu harus bisa. Tapi kemerduan harus diperhatikan. Jadi ingat kenapa juri minta nada rendah kerana kemerduannya. Lagu paku ada dua lirik yang out. Tapi kesemuanya JUARA! "


Liza hanim bersama dengan 7 orang finalis akan berentap di pentas akhir pada hujung minggu ini di Axiata arena. jangan lepaskan peluang anda untuk memberi sokongan kepada mereka untuk bergelar juara allstar gegar vaganza nanti.

Semoga berjaya buat Liza Hanim.

Post a Comment

Previous Post Next Post