Setelah sekian lama berada di bawah dalam ranking peserta family duo, Minggu keenam gandingan adik beradik Syahir dan Shila berjaya bangkit.
Kali ini mereka berjaya memukau juri profesiional dalam rancangan ini iaitu Mas Idayu dan juga Ajai. Mereka juga memperoleh markah penuh perfect 10 dalam minggu keenam ini.
Ajai berkata;
" I am proud of you Syahir sebab saya dah lock character awak (dalam persembahan). Berair mata saya ketawa tengok awak. Saya rasa fun dan inilah persembahan. Kadang-kadang kita kena bagitahu dulu pembetulan pada seseorang tu. Ada orang cara dia lembut, ada orang cara dia kasar dan yang kasar tu yang menjadi.
Mula-mula sedih lepastu awak masuk part tarian, saya terhibur. Itulah tarian awak dan yang penting saya terhibur. Tak paksa pun awak nak menyanyi dahsyat janji menghibur. Terima kasih menghiburkan kami’
Mas Idayu pula berkata;
" Mummy suka sangat. Daripada keluar mummy nampak Syahir struggle tapi itu adalah usaha dia. Tone dia pada awal-awal (persembahan) tu sedap tau. Mummy tak kisah pun dan faham kalau awak tak consistent sebab awak bukan penyanyi hebat mcm kakak awak. Apa-apa pun mummy suka."
--
Harapnya minggu hadapan, Syahir dan Shila dapat terus bangkit dan berjaya melangkah ke final rancangan family duo 3 nanti. Perfect 10 minggu ini sangat bermakna untuk mereka.