Pasangan Shila dan Syahir Amzah terpaksa akur yang mereka gagal untuk melangkah ke pusingan akhir family duo 3 pada minggu hadapan. Mereka tersingkir di konsert separuh akhir pada ahad.
Shila berkata mereka sudah menjangkakan yang mereka tidak akan ke final.
" Kami dapat jangka kami akan tersingkir sebab pada kami program FD3 ni seperti ‘roller coaster’. Dia macam sekejap begini, sekejap begitu.
" Pada minggu ketiga tu kami baru macam sedar dan faham format program ini jadi kami tak anggap ianya sebagai satu pertandingan tetapi hanya anggap ianya sebagai satu platform untuk kami buat persembahan.
" Bermula pada minggu keempat (minggu dangdut) tu, kami hanya mahu enjoy buat persembahan tanpe perlu memikirkan rating, markah dan komen asalkan kami dapat bonding sesama adik beradik dan tidak membuang masa di sini.
" Dalam masa yang begitu singkat, banyak perkara yang terjadi sebelum kami sertai FD3 iaitu melibatkan hal keluarga dan sebagainya.
" Jadi, niat kami berdua memang nak bonding dan ia merupakan salah satu cara untuk menunjukkan yang kami juga boleh jadi normal walaupun perlu berdepan dengan hal-hal tersebut.
" Kami juga macam perlu tunjukkan pada orang di luar sana yang kami ada untuk satu sama lain. "