Vince Bagi Nasihat Kepada Aishah

Selesai persembahan minggu keempat. sebagai rakan duet kepada peserta yang tersingkir Datuk Aishah, Vince Chong telah memberi cadangan dan nasihat kepada Aishah supaya tidak terlalu fokus kepada sosial media buat sementara waktu.

Ia berikutan kecaman demmi kecamn diterima Aishah selepas tersingkir dari konsert Allstar Gegar Vaganza baru-baru ini.


Vince Bagi Nasihat Kepada Aishah


sumber gempak.com, Vince berkata; 


“Saya tahu, saya ada beritahu dia sebelum mula persembahan… kadang-kadang yang saya tengok netizen cakap, benda ini dah jadi racun dalam sini (fikiran).


“Lagi kita tengok, dia akan makan dalam, akan beri kesan kepada diri kita. Lepas ni, ambil masa berehat daripada netizen, pergi bercuti.


“Sebab anda masih seorang legend, enjoy your life. Bagi saya, orang yang beri komen negatif ni tak profesional, mereka cakap apa yang mereka nak,” kata Vince.


“Saya dah lakukan yang terbaik, dah berikan nyanyian yang terbaik. Saya harap kita boleh bekerjasama lagi dan mungkin dalam situasi yang tidak tertekan.


“Sebab bila waktu sesi latihan, ada waktu yang dia betul-betul bagus. Saya bukan peserta, saya hadir sebagai tetamu, saya tak rasa tertekan sangat, hanya seperti tengah buat dinner show.


“Tapi saya dapat rasa tekanan dalam kalangan semua peserta dan saya rasa ‘hm enjoy ke GV, takutnya’,” ujarnya.

--

ada betul juga komentar dari vince ni. Sebabnya rata-rata netizen ni selalunya akan menggunakan ayat-ayat yang menyakitkan hati. Ada kala tu sehingga boleh menjatuhkan moral kita yang membaca komen tersebut.

Seharusnya netizen juga perlu lebih berhati-hati dalam mengomen dan kalau boleh elakkan dari menyinggung perasaan orang lain.


Post a Comment

Previous Post Next Post