Siti Nordiana Minta Maaf Selepas Konsert Minggu 4 Allstar Gegar Vaganza

Minggu keempat bukanlah minggu indah buat penyanyi dan peserta Siti Nordiana apabila dia mendapat markah kedua terendah sebelum Aishah yang tersingkir pada minggu ini.

Bahkan Nana mendapat komen pedas dari juri sehingga Bonda Hetty mengatakan dia kecewa dengan persembahan Nana.


Siti Nordiana Minta Maaf Selepas Konsert Minggu 4 Allstar Gegar Vaganza



Siti Nordiana tampil memohon maaf atas kesilapannya dan Nana juga berkata dia akan kembali dengan lebih baik.


Nana menulis perkara tersebut di ruangan instagram miliknya. “Nana minta maaf. Insya-Allah will come back stronger. Terima kasih @amir.masdi sudi jadi partner duet kak Nana,” tulisnya.


Komen Positif Peminat Siti Nordiana


Dibawa posting tersebutt, ramai peminat siti nordiana yang tampil memberi semangat kepada Nana supaya terus berusaha lebih baik pada minggu hadapan. 


Awin Seindah wajah berkata; 

“Tak mengapa, seorang penghibur diminati kerana genre yang selesa dengan seseorang artist tu. Akak tetap pilih leman yang sentiasa sedap didengar. Nama pun pertandingan. Adat bertanding, kejap atas kejap bawah ikut rezeki. Yang penting usaha. Persembahan Nana sentiasa ditunggu, itu pun rezeki tau,” 


Syusyu_snd pula berkata “Kakak sayang please comeback. Saya sentiasa bangga dengan kak Nana, love you always. Janganlah cakap sorry, kak Nana kena bangkit buat yang the best minggu depan,” 


Nurfari_ Rashid juga tidak ketinggalan memberi komen membina untuk Nana dengan komennya berbunyi “Nothing to sorry dear. Keep fighting. Terus ke depan. Jangan patah semangat okay. You did good job last night. Cuma rezeki tidak memihak untuk malam tadi. Fight for better performance next week! Fighting Nana!” 

--

Kita doakan Siti Nordiana kembali menghiasa carta atas gegar vaganza allstar pada minggu hadapan dan sudah pasti harapan menggunung daripada peminat membuatkan nana semakin baik.

Good Luck Nana!


Post a Comment

Previous Post Next Post