Minggu ini, kalau korang perasan masa awal konsert tu memang nampak Elly Mazlein nampak behave sangat. Tak terlari-lari tetapi lepas tu barulah naik sheikh dia kan. hehe. Isunya adalah pada minggu pertama tempoh hari apabila Kak Lina Pom Pom menerima kecaman hebat daripada netizen yang mendakwa kemunculannya terlalu over.
Sehinggakan Kak Lina Pom Pom terpaksa resign demi menjaga hati banyak pihak. Tetapi sebenarnya tak resign pun, masih ada jer pada konsert kedua allstar gegar vaganza baru-baru ni kan.
Elly Mazlein tampil menjelaskan apa yang berlaku di minggu keduanya dan dia mengatakan pada mulanya dia nak jadi Elly M tetapi tengok macam suram ja jadi dia kembalikan kak lina untuk memeriahkan lagi malam minggu anda.
Kak Lina berkata kepada gempak.com
“Saya cuba puaskan hati semua orang, jadi saya buat dua versi, Kak Lina Pom Pom (Kepom) dan Elly M (Elly Mazlein). Akhirnya, orang nampak yang bila saya jadi Elly M, suasana jadi suram. Kita sebagai pengacara kena ada energi. Insya-Allah, apa pun kritikan, saya ambil maklum. Mana yang perlu kita perbaiki, kita akan perbaiki.
“Apa yang penting, setakat ini saya tidak pernah melanggar batas. Sepanjang saya 'menggelitat' atas stage, saya tidak pernah pegang lelaki. Sebab saya tahu, itu batas yang saya kena jaga.
“Memang saya 'menggelitat' dan gatal, tetapi itu hanya watak sahaja. Kadang-kadang benda macam ini jangan serius sangat. Kita just enjoy,” tuturnya.
“Saya baca semua kritikan. Tak boleh baca yang best sahaja sebab saya perlu tahu apa yang perlu saya tingkatkan. Saya hormati semua pendapat… tapi ternyata, saya akan terus menjadi Kepom, minta maaf tak boleh jadi Elly M sebab orang tak nak,” katanya lagi.