Belum 100 peratus…- Datuk Aishah

 Selepas persembahan pertama dalam minggu pertama tempoh hari mendapat komen yang kurang enak dari para juri. Datuk Aishah mendedahkan yang keadaan belum seratus peratus pulih. Disebabkan lagu Gemilang nyanyian Jaclyn victtor yang dinyanyikannya itu kurang baik.


Belum 100 peratus…- Datuk Aishah


Tetapi Aishah berkata yang persembahan minggu kedua sudah makin baik selepas mereka dapat selesaikan masalah teknikal yang berlaku pada minggu pertama dalam minggu kedua. Jadi kali ini kita lihat Aishah naik ranking lebih baik dari minggu lepas.

Aishah berkata kepada media; 


“Belum 100 peratus… Alhamdulillah, petang tadi (semalam) dapat sort out saya punya in-ear monitor. Jadi masalah teknikal dah sangat berkurangan.

“Saya sangat risau sebenarnya dengan masalah itu, sebab tak boleh menyanyi. Rasa macam nak angkat tangan surrender. Akak tak boleh buat dik, kalau menyanyi macam ni.

“Matilah aku punya reputasi. Sebab kita dengar lain (in-ear monitor), dengar dekat video.. Ya Allah!” kongsi Aishah kepada Gempak.


“Sebenarnya lagu itu berada dalam range saya. Mungkin kerana masalah teknikal… memang lagu itu mencabar cuma nasib tak menyebelahi saya. Jadi, saya tidak dapat buat yang terbaik,” katanya lagi.


Post a Comment

Previous Post Next Post