Sinopsis Novel My Mr Blind Date Karya Julia Ayu

Novel My Mr Blind Date ni mengsahkan tentang seorang gadis yang mencari pasangan menerusi blind date namun termasuk dalam jerat. Apa yang terjadi kepada gadis berkenaan? Novel ini merupakan tulisan Julia Ayu yang diminati ramai tau. tak sabar nak baca sampai habis novel ni.


Novel


Novel My Mr Blind Date Karya Julia Ayu

AMMARA bertemu Rizki kerana mahu menemani kawan-kawan mereka yang berdating blind date.

“Awak pernah pergi Paris?”

“You tengok I ni nampak macam berduit sangat ke nak bercuti sampai ke Paris? I nak bercuti dalam Malaysia pun kena kumpul duit bertahun-tahun. You salah orang.”

Namun, pertemuan itu melelahkan Ammara. Rizki, lelaki blind datenya itu tak sudah mengejarnya hingga sedikit demi sedikit rahsia hatinya terbongkar. Anak yang dianggap derhaka, Isteri yang dianggap curang…

“Kalaulah kenangan tu I boleh padam sesenang I padam kesalahan pada kertas, I dah buat lama dah.” - Ammara

“I tahu you baik. Penerang dalam setiap sudut. Penerang kepada hidup orang lain. Kalau telefon ada flashlight, I ada you. You’re my flashlight.” - Rizki

Saat cinta Ammara kembali berputik, saat lamaran diterima, saat perkahwinan baru terbina…

“Sekarang I ragu dengan akad yang you lafazkan. Sahaja aku berkahwin kerana cina buta, am I right?” - Ammara

Siapakah sebenarnya Daniel Rizki yang memerangkap Ammara hingga ke alam perkahwinan?

Info

Muka Surat : 453

Penulis : Julia Ayu

Dikeluarkan kali pertama pada 1 Mac 2018

Bahasa Melayu

Oh ya, aku lupa nak bagi tau yang novel ini juga akan diadaptasi kepada drama tau. korang nantikan kemunculannya di layar TV korang ya. jangan lupa baca bagi habis novel dulu ya. hehe


Post a Comment

Previous Post Next Post