Akira Khan merupakan kisah mengenai seorang gadis dari pakistan yang menempuhi kehidupan hariannya secara rahsia. Bagi yang tak tahu,, ceria ini telah dinaik pangkatkan ke drama yang ditayangkan saluran Astro Prima. Memang best layan versi drama tetapi keaslian versi novel memang lebih menarik.
Sinopsis Novel Akira Khan
Kisah seorang wanita Pakistan bernama Akira yang jatuh cinta dengan lelaki Melayu bernama Raden.
Disebabkan keturunan dan bangsa yang berbeza, cinta mereka terhalang dan terpaksa berkahwin secara rahsia. Namun mereka terpaksa berpisah atas masalah keluarga.
Raden telah ditimpa kemalangan di Malaysia dan telah menyebabkan dia hilang ingatan. Akira yang menanti suaminya di Hunza, Pakistan dan tidak dapat menghubungi Raden. Mereka berdua terpaksa melalui kesukaran bersendirian.
Beberapa tahun kemudian, mereka berjumpa kembali tapi malangnya Raden tidak mengenali Akira. Berbagai dugaan terpaksa mereka lalui, juga ada yang cuba untuk memisahkan mereka.
Dengan kesabaran Akira akhirnya ingatan Raden pulih kembali. Tetapi adakah mereka akan tetap bersama? Dan bolehkah mereka bersatu demi cinta mereka?
Pertemuan yang singkat membuatkan Akira jadi angau. Tangisan lukanya menjadikan gadis itu lemah dan tersungkur menjadi hak mutlaknya. Satu malam janji diikat dan malam itu juga adalah detik terakhir mereka bertemu. Janji-janji yang ditabur dipegang bertahun lamanya. Akira semakin sesat dalam sebuah rindu yang tiada penghujung,
“Sayang?”
Radin tersedar dari mimpi. Siapa Akira Khan? Yang ada di hadapannya cuma Liyana, isterinya. Mana datang perempuan yang bernama Akira?
Kerana satu janji yang di salah erti, dua jiwa yang bahagia berpisah. Tetapi Akira tekad untuk mencari suaminya semula. Namun dia pula dikejutkan dengan berita kewujudan Liyana di sisi Radin, wanita yang pernah menjadi punca Akira dan Radin berkahwin.
"Ke mana awak pergi, Akira? If you really care about me, where did you go? Where were you when I need you?" Mata Radin mencerlung tajam ke arah Akira.
"When you need me?" Akira ketawa pedih. "If you really need me, you will find me.”
Radin betul-betul tak ingat apa yang telah berlaku antara dia dan Akira. Yang pasti kehadiran Akira ke rumahnya membuatkan dia tekad untuk mencuri hati isterinya semula. Namun tidak semudah itu Akira menerima Radin semula.
Akira merasakan dirinya dikhianati kerana selama kehilangannya, tiada yang mencari namun kedatangannya seolah-olah dirai. Siapa sebenarnya yang Radin nak? Dia atau Liyana?
“Awak tu memang suami yang dayus. Awak tahu saya curang tapi awak masih simpan saya sebab awak tu bodoh!”
Radin makin hilang sabar apabila kesetiaannya diuji, keikhlasannya diragui dan cintanya tidak dihargai. Walaupun Liyana adalah cinta pertamanya namun dia pasti kebahagiaan yang dimiliki hanya bersama Akira Khan! Dia tekad untuk memiliki wanita itu semula!