Syamsul Yusof Mahu Saman JAWI 10 Juta

KISAH Rumah tangga Syamsul Yusof dan juga puteri Sarah Liyana memasuki episod baru apabila pengarah terkenal itu mahu mengambil tindakan saman kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Saman yang dikatakan adalah RM 10 Juta kerana kenyataan yang dikeluarkan oleh JAWI baru-baru ini adalah PALSU dan mendatangkan FITNAH kepada dirinya dan keluarganya. 

Syamsul Yusof Mahu Sama JAWI 10 Juta

 

Syamsul Yusof Mahu Saman JAWI 10 Juta

“Saya ingin memberitahu yang saya sudah berbincang dengan peguam saya panjang lebar tentang satu perkara. Pendek kata, saya akan saman pihak Jawi RM10 juta.

“Kerana mereka telah mengeluarkan satu kenyataan fitnah terhadap saya… fitnah dan tidak benar, boleh dikatakan palsu kepada saya.

“Mereka telah memberi maklumat tidak benar itu kepada ahli keluarga saya. Sedangkan maklumat itu, sekali lagi tidak benar, dah boleh dikatakan palsu dan juga fitnah kepada ahli keluarga saya.

“Sedangkan perkara itu juga adalah dokumen rasmi kerajaan kerana telah buat satu fitnah. Ya, saya perlu ambil tindakan ini untuk menyaman Jawi sebanyak RM10 juta,” katanya.

“Buat masa ini, itu saja yang boleh saya katakan… itu dulu. Yang lain nanti. Saya mahu saman Jawi, Insya-Allah. Saya akan update lagi,” ujarnya.


Post a Comment

Previous Post Next Post