Tak Perlu Pembedahan Buat masa ini - Jaclyn Victor

Masa awal gegar vaganza 9, kita lihat jaclyn mempunyai masalah kesihatan dan katanya doktor pernah menasihatinya agar melakukan pembedahan. Baru-baru ini jaclyn mendedahkan yang doktor memberi ubat spray untuk membantu pernafasannya dan tidak perlu buat pembedahan sekarang. 

ini kerana jaclyn masih mempunyai beberapa minggu untuk membuat persembahan dalam gv9. jadi kini dengan bantuan spray hidung itu membantu jaclyn untuk menyanyi dengan baik serta memudahkan pernafasan beliau.


Tak Perlu Pembedahan Buat masa ini - Jaclyn Victor


Jaclyn berkata; “Saya pun dapat rasakan vokal saya tidak kedengaran seperti kurang sihat seperti sebelum ini. Memang penyelesaiannya adalah pembedahan namun memakan masa untuk pulih memandangkan saya sedang bertanding.

“Oleh itu, doktor memberikan alternatif iaitu ubat penyembur yang mampu melegakan saluran hidung. Lebih selesa jika dibandingkan dengan sebelum ini yang kedengaran seperti selesema.

“Cuma apabila saya kurang rehat dan sebagainya, penyakit sinus itu seperti datang kembali. Jadi saya perlu ‘alert’ supaya kesihatan berada dalam keadaan baik,” kata Jaclyn.

"Hidung saya memang terlalu bengkok tetapi selama ini tidak mempunyai masalah.

"Bila saya membuat pemeriksaan, doktor memberitahu hidung saya terlalu sensitif kepada persekitaran seperti asap rokok, vape, habuk dan tidak boleh sejuk,” katanya.



Post a Comment

Previous Post Next Post