Sinopsis Drama Terima Kasih Cinta

Drama lakonan Anna jobling, Terima Kasih Cinta ini akan menemui penonton pada 30 November 2022 dan turut sama di bintangi oleh Amar Baharin sebagai Heronya. bagi yang tak tahu, drama ini diarahkan oleh Azri Izhar dan akan mengambil slot akasia di saluran tv3. 


Sinopsis Drama Terima Kasih Cinta


Sinopsis Terima Kasih Cinta

Drama ini mengisahkan hubungan di antara An dan Juga Harris. Mereka berdua berkenalan rapat sehinggalah An terjumpa dengan dua anak kecil bernama yaya dan lea.

An sangat terkejut kerana dua budak tersebut merupakan anak kepada Haris. mereka bergaduh besar dan selepas itu mereka berpisah.

Haris yang pada mulanya mengatakan An tidak perlu mengambil tahu lagi kehidupan mereka kembali mencari ibu saudara An untuk menjada dua anaknya itu.

Razlan pula kembali menagih cinta AN walaupun dia bakal berkahwin dengan wanita pilihan keluarganya. AN pula memang dah pangkah dan tak suka dengan si razlan ni sebab dia lelaki yang suka mungkir janji.

Harris pula memberanikan diri melamar AN kerana anak-anaknya memang sukakan An dan mahu AN jadi ibu mereka.

Tapi si An ni pula masih selesa bergerak solo dan tidak mahu lagi berkahwin. Dapatkah Harris si duda anak dua ini memujuk An untuk berkahwin dengannya? atau Razlan yang memikat hati AN?

Info Menarik terima kasih cinta

  1. Drama ini akan ditayangkan pada setiap hari isnin hingga jumaat pada jam 7 malam dan merupakan drama adaptasi novel tulis Aisya Sofea.

  2. Ia akan ditayangkan untuk slot akasia dan dibintangi barisan pelakon hebat seperti Amar Baharin, Anna Jobling, Azrel Ismail, Rita Nadira, Wan Sharmila, Syafnida Shuhaimi, Faez Malek, Aida Khalida, Azhar Amir, Noniswara dan Kiky Hannah.

  3. Antara watak pelakon dalam cerita ini adalah Amar Baharin sebagai Dr Harris, Anna Jobling sebagai Wan Raihana dan Azrel Ismail sebagai Razlan.

  4. Manakala, Rita Nadira sebagai Dr Nora dan Aida Khalida sebagai Ummi. Jangan lupa untuk saksikan drama menarik ini mulai 30 november 2022 tau. Selamat menonton.


Post a Comment

Previous Post Next Post