'Sebenarnya, Kak Lina .. ' - Azhan Rani Dedah Perkara Sebenar Punca Lutut Kak Lina Sakit.

 Azhan Rani Dedah Perkara Sebenar Punca Lutut Kak Lina Sakit. Selepas kaklina menggunakan kerusi roda di atas pentas gv9 pada minggu ni, pelakon yang juga rakan sekerja kak lina ketika kejadian lututnya sakit iaitu Azhan rani tanpil menceritakan perkara yang sebenarnya berlaku. Dia turut memuji semangat juang kak lina dalam menyelesaikan tugasannya sebagai pelakon dan pengacara gv walaupun dalam kesakitan.

'Sebenarnya, Kak Lina .. ' - Azhan Rani Dedah Perkara Sebenar Punca Lutut Kak Lina Sakit.


Azhan Rani Dedah Perkara Sebenar Punca Lutut Kak Lina Sakit.

“Gambar ni sebelum kejadian kaki Kepom (Kak Lina) kesayangan Malaysia ni meletup. Time ni dah lewat malam jugak nak buat scene terakhir. Dia macam biasalah, energy macam kat GV tu macam tu la jugak kat set ni.

“Tengah shoot scene ni masa dia buat step kuda bersorak tu tiba-tiba kaki dia meletup. Terduduk terus. Lepas bagi rehat, team produksi hembus-hembus sikit, bagi dia makan coklat pastu dia sambung lagi scene tu macam takda apa-apa,” katanya menerusi kemas kini di Instagram.


“Semalam kat set ni dah terjingkut-jingkut. Produksi siap panggil team physiotherapist datang buat alignment balik kat kaki Kepom. Masa tu dah cakap dah macam mana nanti kat GV. Saja main-main cakap why not nanti pakai je wheelchair kalau susah sangat. Bukan senang nak tengok host live pakai wheelchair kat TV.

“On the way aku balik dari set drama Gila Viral ni dah nampak kat feed dia buat hal atas stage dengan wheelchair dah. Memang la budak ni. Kepom memang fighter. Salut.

“Get well soon Kepom. All the best. Safety first, ingat ni 2022 bukan 2007 lagi,” tutup Azhan.


Post a Comment

Previous Post Next Post