Komen Raisa mengenai isu Nabil. Baru-baru ini admin ada kongsikan mengenai Nabil ahmad yang memerli penyanyi dari Indonesia, Raisa dalam konsert gv9 minggu 8. Kali ini, gempak dapat menemubual penyanyi itu untuk mendapatkan respon selepas isu itu viral.
Komen Raisa mengenai isu Nabil
"Sejujurnya saya takut salah cakap kerana kadang-kadang ada maksud bahasa Indonesia dan Malaysia yang berbeza. Saya takut kalau komen dalam bahasa Indonesia akan kurang tepat dan jadi salah.
“Bagi saya, kalau cakap bahasa inggeris akan lebih tepat dan tak salah erti. Tapi pihak produksi ada beritahu tak apa kalau saya nak cakap bahasa Indonesia,” katanya.
"Keesokan hari, saya ada jumpa Nabil di radio Era FM, tapi saya sendiri tak ingat apa yang terjadi sebab Nabil cakap terlalu cepat. Tolong jangan marah Nabil… kesian dia,” ujarnya lagi.
"Ini pertama kali konsert di Kuala lumpur saya teruja datang sini. Tapi keluarga pernah duduk sini dan saya sempat jalan-jalan sini. Tapi itu kali 7 tahun lepas.
"Saya sebelum ini pernah di Penang dan Kota kinabalu tapi untuk ke Kuala Lumpur masih belum pernah," tambahnya.