Jangan Kecam Tok Ram - TOM GV9

Rupanya masih ada yang belum moveon apabila Tom tersingkir dari GV9. ramai juga yang masih mengecam dan menyalahkan Tok ram menjadi punca tom tersingkir. Tom tampil menjelaskan situasi yang berlaku dan meminta agar netizen tidak menyalahkan dan mengecam tok ram lagi. Tambahan pula, dia juga sudah move on dan tidak mahu memanjangkan isu tersebut.


Jangan Kecam Tok Ram - TOM GV9


Jangan Kecam Tok Ram - TOM GV9

"Sebenarnya apa-apa pun yang berlaku saya dah move on walau saya dah tersingkir. Salah itu bukan salah Tok Ram. Memang saya yang putuskan key mana saya mahukan.


"Betul mula-mulanya saya nak naikkan key, tapi Tok Ram nasihatkan saya lebih sesuai dengan key original, lebih sedap. Esoknya saya cuba key asal, pun tak betul. Masa rehersal saya cuba naikkan key, tapi masalah datang dari pernafasan saya, dia minta saya putuskan," jelasnya dalam satu hantaran video di TikTok pada Selasa.

"Saya tak boleh nyanyi original key sebab terlalu rendah bagi saya, saya nak sangat nyanyi dengan key lebih tinggi. Namun, masa saya nyanyi tetap juga tak okey, Tok Ram juga cakap ia bukan masalah key. Maka nasihatnya, tak perlu saya naikkan key.

"Saya pun takut markah kena potong kalau memandai naikkan key, jadi saya cubalah key asal. Tak sangka juga sampai teruk sangat," tambahnya.

"Saya nasikatkan netizen jangan marah Tok Ram, semua salah saya, mereka beri nasihat tapi atas diri saya sendiri untuk buat keputusan. Apa yang salah, salah saya sendiri.

"Saya dah move on. Jangan kecam Tok Ram lagi okey, saya yang salah!" tegasnya.


Post a Comment

Previous Post Next Post