Tomok antara peserta gv9 yang konsisten beri kelainan dalam persembahannya setiap minggu. Minggu lepas tomok memecah rekod mendapat markah tertinggi daripada Tok Ram dan tomok menyatakan yang dia tidak pernah rasa nak simpan taring dan hanya menunggu di final sahaja. Dia juga mengatakan setiap minggu merupakan final untuk dirinya dan dia perlu buat yang terbaik.
setiap minggu merupakan final untuk saya - TOmok
“Saya tak pernah simpan ‘taring’ untuk minggu-minggu seterusnya, kerana untuk saya sendiri akan tetap bagi semua kudrat yang saya ada, setiap minggu merupakan final untuk saya.
“Tak pernah nak simpan sikit untuk minggu akan datang, sebabnya saya tak tahu jika minggu itu saya tersingkir mesti saya akan rugi.
“Jadi apa yang ada saya akan bagi seratus peratus pada persembahan saya. Rezeki Allah yang tentukan, kalau dah tertulis untuk saya maka kepunyaan saya lah,” katanya kepada Gempak.
“Ini pertama kali saya bawa lagu Backstreet Boys, kemudian nak kena menari lagi, pakai make up lagi memang agak mencabar.
“Lagu ini konsep dia memang dah elemen hantu, jadi saya cuba untuk buat lebih kurang sama dengan konsep lagu itu kemudian saya tambahkan lagi sedikit kelainan, saya masukkan Pirate of The Carabian sedikit dan pergerakan Michael Jackson.
“Idea itu saya usulkan juga pada Tok Ram (Ramli MS) dan dia pun setuju. Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar.
“Idea ini asalnya daripada saya dan pasukan saya, tidak datang daripada saya seorang. Ia hasil kerja sepasukan, saya bagi credit kepada orang-orang yang berada di belakang saya yang beri banyak idea untuk minggu keenam ini,” tambahnya.