Komen Juri Gegar Vaganza 2022 Minggu 7

  Komen Juri Gegar Vaganza 2022 Minggu 7. Fuhh baru minggu ketujuh dah banyak persembahan best yang diberikan para peserta minggu ini. bagaimana pula Komen Juri Gegar Vaganza 2022 Minggu 7 ini? jom kita baca dibawah ini ya.


Komen Juri Gegar Vaganza 2022 Minggu 7


Komen Juri Gegar Vaganza 2022 Minggu 7

 Bob (Kasih) - 85.60%

Marlia Musa

Enjoy persembahan Bob. Cuba persembahan tadi seksi sikit. Tak semestinya seksi buka baju. Sebab persembahan Bob menghiburkan, cuma kalau dia interprete seksi sikit mungkin lebih ok atau different.

Shila Amzah (Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu) - 84.10%

Ramli MS

Sememangnya Tuhan tak bagi semua. Kamu tak ada range Ramlah Ram. Kamu ada lower ranger better. Tapi you picked your own version nyanyi lagu ni, saya suka. Sebab lagu Ahmad Nawab sangat melayu. Bila kamu tambah nota lain, dia jadi lain. Overall I like it.

Hetty Koes Endang

Maneuver yang tak over itu yang kita inginkan. Lagu ini sangat kuat. Kamu improvise yang tak over itu pintar. Malam ini lagu kamu sendiri. Nada tinggi tembakan terakhir bagus.

Tomok (Kenangan Lalu) - 81.50%

Ramli MS

Lagu ini originally very big. Hit yang besar. Dia radio song bukan konsert song. Suaa accept konsep awak. Kamu menyanyi dalam story telling. Dua jiwa dalam satu. It’s very good but not as good or as merdu lagu tu. Thank you.

Marlia Musa

Saya ok dengan konsep ni. Tapi dia intense sangat, nak pergi mana Tomok. Sakit sangat nyanyian tu. Bila di verse akhir, itu rasa yang paling legit.

Hetty Koes Endang

Begini rahsianya Tomok. Hati-hati korus pertama masih aman… kamu build up, control tone. Over. Bukan tidak bagus. Boleh kita emosi tapi jangan keterlaluan.

Dina (Lady Marmalade) - 77.10%

Hetty Koes Endang

Dina lagu ini cara nyanyi perlu ada groove dan kamu dapat buat. Keseluruhan dah ok, sebab kamu faham segala ceritanya, pembawakan secara keseluruhan pun okey. Cuma kalau boleh ‘bermain’ dengan wajah, apa pun sukses Dina.

VE (Belaian Jiwa) - 76.70%

Hetty Koes Endang

Minggu ke minggu banyak perubahan. Saya suka sekali, jadi saya kritik bukan apa cuma nak kamu faham dan membangun pada persembahan seterusnya.

Marlia Musa

Saya rasa VE punya persembahan semakin baik dan menghiburkan.

Jaclyn Victor (Di Mana Kan Ku Cari Ganti) - 76.40%

Marlia Musa

Satu persembahan yang menikam jiwa. Saya kira ini memang tribute Jac untuk mendiang papa. Cuma saya berharap kalau dalam nyanyian, lebih ada interaksi antara Jac dengan penari. Kalau you rasa dia adalah figura yang represents the spirit of your father, next time Jac boleh boleh nampakkan interaksi. Takda masalah nyanyian, tapi hujung baru rasa.

Ramli MS

Singing terganggu kut sikit. Well, I don’t have any comment.

Hazrul Nizam (Azizah) - 68.70%

Hetty Koes Endang

Dari awal bunda pelajari kamu itu nada rendah bahus, macho. Tapi harus ingat, saat akhir vibrato kurangkan… jangan terlaly lepas. Kepada semua peserta, kalau ada penari dalam persembahan, manfaatkan. Ini panggung kamu, jangan statik. Kamu boleh ke juri atau penonton pun tak apa. Asal jiwanya dapat. Kalau untuk suara ok, stage performance sahaja kena tambah.

Asheed (Pagi Yang Gelap) - 60.30%

Ramli MS

Berani mencuba sari segi susunan muzik… ada kelainan. Tapi masih bersepah, tak teratur dan tak matang. Tapi ok, sebab awak berani berubah dengan muzik.

Hetty Koes Endang

Lagunya memang cukup mendatar. Tapi kamu sudah berusaha keluar daripada original, cukup bagus. Mudah mudahan untuk minggu depan, kena kerja keras lagi sebab peserta lain semua hebat-hebat.

Fuad Rahman (Hari Ini Dan Semalam) - 57.80%

Ramli MS

Terlalu banyak benda… bila kamu menyanyi berulang, macam cut and paste. Music perlu ada perubahan. Dalam tujuh minggu kamu nyanyi satu aliran sahaja. We need variety. Ini negatif dari saya. Sebab tak berubah. Benda muzik tak boleh repeat. Next time ubah.

Tom (Akhirnya Kini Pasti) - 55.20%

Marlia Musa

Sebenarnya saya bila syaa tau awak nyanyi lgi ni, saya dah fikir awak buat persembahan seperti jni.

Mungkin juga saya fikir expectation saya salah. Bila kita buat ada similar dengan penyanyi asal, kita nak cari originality Tom kat mana? Saya suka suara Tom… tapi kalau awak tak jadi Anita Sarawak, boleh ke awak deliver macam ni? Saya nak tengok Tom keluarkan karakter yang lain.



Komen Juri Gegar Vaganza 2022 Minggu 7

Memang padu persembahan minggu ini, jangan lupa untuk persembahan pada minggu hadapan tau!

Post a Comment

Previous Post Next Post