Noh Salleh Tak Ludah Penonton. Sejak semalam ramai yang memberi komen atas kejadian yang berlaku di sebuah konsert Noh dan Kumpulan Hujan. Video yang tular itu menyaksikan Noh meludah penonton ketika membuat persembahan di atas pentas.
Noh Salleh Tak Ludah Penonton
Tampil menjelaskan situasi sebenar, pengurus kumpulan hujan, ahmad ariffin ahmad berkata; sebenarnya Noh terkena renjatan electrik pada microfon di mukanya dan menyebabkan aksi spontan berlaku selepas terkena renjatan tersebut.
"Insiden yang berlaku berpunca daripada masalah teknikal. Sepatutnya Noh tampil dengan gitar, tapi terpaksa menyanyi tanpa memetik gitar pada acara itu.
"Malah mikrofon yang dipegang juga mengalami masalah. Ketika Noh meletakkan mikrofon berhampiran mulutnya, dia terkena sedikit renjatan elektrik
"Disebabkan mulutnya kebas serta tidak banyak masa dia secara spontan meludah di atas pentas bagi mengalih rasa sakit.
"Ingin saya tegaskan dakwaan Noh meludah ke arah penonton tidak benar. Jarak antara pentas dan penonton juga dipisahkan dengan besi penghadang, jadi tidak mungkin (ludah) terkena penonton," katanya.
"Kalau tengok pada rakaman video itu Noh tunduk ketika meludah. Kalau dia ludah ke atas mungkin akan terkena penonton.
"Namun kalau video yang tular menyinggung perasan orang atau penonton terkena tempias ludah Noh, kami mohon maaf kerana perkara itu tidak disengajakan," katanya.
"Setakat ini Noh berada dalam keadaan baik dan sihat daripada segi fizikal serta mental, Insha-Allah.
"Sebenarnya kami memang agak sibuk dengan persiapan Konsert Hujan Rumah Kita yang bakal berlangsung pada 5 November ini serta bisnes lain.
"Noh memang seorang yang kuat bekerja, jadi dia akan padatkan jadualnya dengan kerja. Walau bagaimanapun Noh tetap ada masa untuk diri sendiri," katanya.