Sinopsis Drama Melastik Ke Hatimu (TV3). Drama baru di TV3 iaitu Drama '
Melastik ke Hatimu' akan mula ditayangkan pada 21 Januari 2021 di Slot Lestary
TV3. Antara pelakon utama drama ini adalah Janna Nick dan juga Andi Bernadee.
Drama ini akan menggantikan
drama Hadiah Dari Tuhan
yang telah tamat siarannya. drama adaptasi novel 'Melastik ke hatimu' karya
Aqma Dee. Berikut merupakan Sinopsis Drama Melastik Ke Hatimu (TV3) untuk bacaan
anda.
Sinopsis Drama Melastik Ke Hatimu (TV3)
Drama romantik komedi ini di arahkan oleh Azmi Hata yang
mempunyai 13 Episod kesemuanya. Antara pelakon lain yang terlibat dalam
drama ini adalah Janna Nick sebagai Haura Annisa, Andi Bernadee sebagai Ziyyad, Norman Hakim sebagai Jeffry, Wani Kayrie sebagai Fatin, Puteri Sarah Liyana sebagai Faida, Azrel Ismail, Ahmad Ezzrin Loydan Azizah Mahzan
Drama ini mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Haura
(Janna Nick). Seorang gadis kilang yang kononnya 'gangster' tapi hidupnya
dikawal oleh ibunya yang mahukan menantu yang kaya. Haura bercinta dengan
Naim tetapi hubungan mereka ditentang kerana Naim hanyalah seorang posmen.
Haura terpaksa akur apabila dijodohkan dengan Ziyyad (Andi Bernadee),
seorang tauke kilang di tempat dia dan kakaknya Faida bekerja. Ziyyad
digelar 'kayu cengal' oleh pekerja kilang kerana sikapnya yang tak
endahkan orang rupanya menyimpan perasaan pada Haura dalam diam.
Mereka terikat dalam perkahwinan. Ziyyad cuba memikat hati Haura dan Haura
pula mencari jalan supaya Ziyyad menceraikannya kerana cintanya hanya
untuk Naim. Ziyyad disenangi oleh ayah Haura yang terkena serangan strok
dan kebaikan Ziyyad akhirnya berjaya membuahkan rasa cinta di hati Haura
untuk suami.
Sedang mereka melakar bahagia, musibah melanda Ziyyad. Keluarga Ziyyad
diisytihar muflis dan terbongkar suatu rahsia yang selama ini tersimpan
kemas. Keadaan itu menyebabkan emak Haura memaksa Ziyyad melepaskan Haura.