3 MENU KETIKA SAHUR KEGILAAN RAMAI !

MENU KETIKA SAHUR I Sejak masuk bulan puasa atau bulan ramadhan , ramai yang suka update gambar makanan  dan minuman yang mereka beli di pasar ramadhan. tapi perasan tak, tak ramai yang updat menu apa dia bersahur. hehe mungkin tk sempat snap gambar kot. lapar sangat atau mengantuk sangat . Hehe , hari ini aku nak kongsikan mengenai menu ketika sahur yang menjadi kegilaan ramai .

MENU KETIKA SAHUR KEGILAAN RAMAI !

Menu Sahur yang menjadi kegilaan Ramai .

1. Nasi Goreng.

Nasi goreng sememangnya menjadi kegilaan ramai ketika sahur kerana cara penyediannya yang mudah dan resepi Nasi goreng juga mudah untuk di ikut ketika memasak . Ramai yang akan pilih menu Nasi goreng ini sebagai menu utama kerana rasanya yang sedap dan juga menjimatkan masa penyediaannya. kalau bangun lewat pun, sempat lagi nak masak. tapi make sure nasi dah sedia masak lerr. hehe

2. Nasi Putih dan Telur goreng kicap .

Menu kedua ini sememangnya menjadi kegilaan ramai kerana simple dan mudah. Kita hanya perlu masak nasi putih dan goreng telur sahaja. Kemudian ambil kicap dan makan bersama-sama . Selalunya menu ini akan menjadi menu orang bujang .

3. Maggi

Maggi pula antara menu yang menjadi pilihan ketika bersahur bagi kebanyakkan pelajar universiti. di samping mudah untuk di laksanakan dan yang pasti ia menjimatkan . Kalau nak sedap lagi, tambah telur. pergghh. terangkatt wehh

3 Menu ketika sahur yang menjadi kegilaan ramai ini pastinya akan membantu korang dalam membuat pilihan menu ketika bersahur. Kekangan masa yang kita hadapi ketika menyediakan menu bersahur juga menjadi sebab kita akan mencuba menu-menu yang aku senaraikan.

Selepas makan sahur, ambil masa dalam 5 minit untuk berdoa dan solat tahajjud sebelum solat subuh. moga amal kita yang sedemikian di berkati di bulan Ramadhan.

sekian .


Post a Comment

Previous Post Next Post